person 2: kenape pulak?? kan bagus parti "timbang" tu.
person 1: ahhhhhhhhhhhh.... tak kire parti "hijau" gak.
person 2: mane de...parti "timbang" lagi bagus!!!!
person 1: ahh malas ah layan kau...
person 2: dah...kau jangan cari aku lagi!!
Perbualan di atas mungkin pernah dilafazkan oleh segelintir dari kita, mungkin juga tak. Namun ape yang cuba aku bawakan ialah realiti politik di negara kita baik dari setinggi-tinggi level pemimpin & ahli parlimen sampai la kat level rakyat biase dan remaja macam aku ni..(aku masih lagi tergolong dalam kalangan remaja kot).
Bagi pendapat aku la, politik di Malaysia masih lagi matang la kot. Kenapa aku cakap macam 2, sebab.. bile cakap je pasal politik......, mesti sinonim sangat dengan serangan peribadi pemimpin, bila cakap pasal politik je,......, mesti sinonim dengan demostrasi atau tikam lidah mengenai perkara yang kadang-kadang tak de kaitan langsung dengan pembangunan negara baik dari segi ekonomi mahupon modal insan negara. Mungkin ade yang cakap, yang lumrah politik tak boleh lari dari semua tu, namun bagi aku..itulah contoh kenapa politik negara masih belum matang. Kan baik kalau kita tumpukan lebih masa dengan membincangkan isu kemiskinan, ekonomi atau pendidikan, kan lebih mendatangkan kebaikan dan manfaat. Ideologi parti itu sendiri mesti betul, iaitu mendatangkan kebaikan untuk semua. Kita berjuang untuk rakyat bukannya untuk parti atau ikepantingan individu jauh lagi untuk duit dan pangkat.
1 perkara yang aku nampak mengenai politik kite ni, orang ramai lebih mementingkan parti dari semua perkara. Contoh paling senang.. MP (ahli parlimen) akan membuat keputusan mengikut kepentingan parti dan bukan negara. Kalau parti kata A, maka A la MP tu cakap..walhal mungkin B adalah keputusan yang paling tepat. Masing-masing cakap diri meraka betul, nak menangkan parti.. yang menerima padah adalah rakyat sendiri. MP sendiri kadang-kadang tidak berani bersuara menegak kebenaran takut-takut nanti pilihanraya akan datang tak jadi MP lagi.
PERPECAHAN!!!, isu yang paling aku nak sentuh bila cakap pasal politik. Bila berpolitik tak perlulah sampai nak berpecah, 1 bangsa, 1 bahasa, 1 agama pon boleh berpecah disebabkan fahaman politik. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, musuh sentiasa menantikan peluang untuk menyerang bila kita berpecah.Seharusnya politiklah yang menjadi platform untuk merapatkan hubungan sesama kita, perbezaan politik sepatutnya membawa kite lebih rapat kerana matlamat kita adalah 1, membangunkan negara dan rakyat Malaysia.
Kalau nak cakap pasal politik ni, tulis banyak mana pon belum tentu habis mengupas semua isu. Namun apa yang aku harap ialah perubahan mentaliti semua orang untuk mempelajari politik itu bukan segalanya, tapi dalam masa yang sama masih lagi menganggap politik itu penting dan harus dipandu di landasan yang betul demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
"Politik bukan jalan kita untuk mengejar pangkat dan harta benda, politik adalah satu jalan memperjuangkan ideologi yang membawa kebaikan untuk semua."
Yang benar,
Perantau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan